Tuesday, September 2, 2008

Rendang Daging


Bahan- Bahan:
1 kilo daging
2 kilo santan
1/2 biji kelapa parut untuk dibuat kerisik
30 ulas cili padi
10 tangkai cili kering
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai
30 biji bawang merah dihiris
2 keping Asam keping
Ajinomoto/garam/ gula sesedap rasa
Daun kunyit ( kalau suka)

Cara :
1. Bersihkan daging dan toskan airnya - masukkan dalam kuali
2. Blend cili kering, cili padi dan kunyit hidup
3. Masukkan cili yang telah diblend tadi bersama serai yang telah dititik dan hirisan bawang
4. Masak dalam api yang perlahan, biarkan sehingga air daging kering
5. Setelah betul2 kering, masukkan santan
6. Kacau sehingga mendidih- pastikan daging tidak melekat di kuali
7. Setelah masakan agak pekat, masukkan kerisik, asam keping, garam dan ajinomoto(kalau perlu)
8. Masukkan 2/3 sudu besar gula
9. Kecilkan api sehingga kering
10. Sekiranya suka masukkan daun kunyit









~~Tips:
* untuk lebih lemak tumbukan 2 biji buah keras dan masukkan ke dalam masakkan 
** sekiranya ingin memanaskan rendang panaskan dengan api kecik sahaja supaya daging nya bertambah garing dan rendang tahan lama

1 comment:

JuSh said...

Dakwanie, terliur aku nengok your mum's cook ni.Very delicious by picture, and the taste must be marvelous.