Thursday, April 23, 2009

Dapur Kak Siwah kembali

Hi.. we are back, stay tuned for more kak Siwah's delicious recipes !!!

Wednesday, September 3, 2008

Sayur Campur


Bahan - Bahan :
Tauhu Jepun - Di potong bulat - goreng berasingan
Pucuk Jagung
Brocolli
Sawi jepun ( apasal aku suka jepun entah la)
Bawang putih
Bawang kecik
1 kiub ayam knorr
Sos Tiram Adabi
Air

Cara - cara:
1) Tumiskan bawang kecil yang telah dihiris dan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga naik bau
2) Masukkan sedikit air dan kiub ayam knor
3) Masukkan putik jagung dan brocolli ( sayuran yang keras )
4) Masukkan sos tiram dan sayuran lain
5) Tambah air dan sos tiram ikut selera
6) Setelah sayuran sebati masukkan tauhu yang telah digoreng tadi
7) Biar hingga mendidih sedikit ( jangan lama-nanti sayur lembik tak best)

and  ready to serve!

~~~TIPS: memang ahkak tak letak garam sebab kiub ayam and sos tiram tu dah masin dah

Tuesday, September 2, 2008

Masak Lemak Taugeh

Bahan - Bahan:
30 sen taugeh
2 keping tauhu
2 biji cili hijau
2 ulas bawang merah
2 cawan santan
1 batang carrot
sedikit udang kering
air

Cara - Cara:

1. udang kering ditumbuk bersama bawang merah
2. masukkan dalam periuk bersama sedikit air dan carrot
3. apabila carrot agak lembut, masukkan santan dan tauhu
4. tambahkan air sekiranya masakan terlalu pekat
5. sentiasa kacau supaya santan tidak pecah
6. setelah emndidih masukkan taugeh dan cili hijau yang telah dihiris
7. Matikan api dan angkat sebaik sahaja ia mendidih sepenuhnya supaya taugeh tidak terlalu layu





~~TIPS:
* masukkan daun kucai yang telah siap dipotong bagi menambahkan lagi variasi 

Ikan Goreng Cili




Bahan - Bahan:
2 keping ikan jenahak
20 ulas bawang merah dihiris
7 biji cili merah
2 ulas bawang putih

Cara- Cara:
1. Bawang otuihndan cili besar ditumbuk tidak terlalu lumat
2. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit garam, kunyit dan lada sulah
3. Goreng ikan hingga garing secara berasingan. Setelah garing angkat ikan dan asingkan
4. Menggunakan minyak menggoreng ikan tadi, goreng bawang merah yang telah dihiris sehingga garing seperti membuat bawang goreng. Setelah garing, ketepikan 
5. Tumis cili dan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga naik bau
6. Masukkan bawang goreng tadi  dan kacau hingga sebati
7. Masukkan garam/gula secukup rasa
8. Masukkan ikan dan kacau hingga sebati
9. Setelah sebati angkat masakan dan sedia untuk dihidangkan

~~~TIPS
* lebih banyak bawang goreng lebih sedap rasanya!!!

Ikan Cencaru Belah Belakang



Bahan- bahan:

2 ekor Ikan Cencaru- medium size
8 ulas Bawang kecil - dihiris
5 biji Cili Merah
2 ulas Bawang putih
Sedikit Belacan
Sedikit Air asam jawa
Sedikit gula
Daun pandan untuk mengikat

Cara:
1. Bersihkan cencaru dan belah belakang
2. Kemudian lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan sedikit kunyit serbuk, garam dan lada sulah
3. Blend cili, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga lumat
4. Campurkan bahan yang telah diblend itu dengan sedikit air asam jawa dan gula
5. Mengikut citarasa masing - masing tambah lah garam/gula seckupnya
6. Setelah siap, sumbatkan ke dalam ikan cencaru
7. Ikat dengan daun pandan
8. Goreng dalam minyak yang panas - deep fried  hingga masak.


Masak Lemak Cili Api Ayam dan Kentang


Rendang Daging


Bahan- Bahan:
1 kilo daging
2 kilo santan
1/2 biji kelapa parut untuk dibuat kerisik
30 ulas cili padi
10 tangkai cili kering
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai
30 biji bawang merah dihiris
2 keping Asam keping
Ajinomoto/garam/ gula sesedap rasa
Daun kunyit ( kalau suka)

Cara :
1. Bersihkan daging dan toskan airnya - masukkan dalam kuali
2. Blend cili kering, cili padi dan kunyit hidup
3. Masukkan cili yang telah diblend tadi bersama serai yang telah dititik dan hirisan bawang
4. Masak dalam api yang perlahan, biarkan sehingga air daging kering
5. Setelah betul2 kering, masukkan santan
6. Kacau sehingga mendidih- pastikan daging tidak melekat di kuali
7. Setelah masakan agak pekat, masukkan kerisik, asam keping, garam dan ajinomoto(kalau perlu)
8. Masukkan 2/3 sudu besar gula
9. Kecilkan api sehingga kering
10. Sekiranya suka masukkan daun kunyit









~~Tips:
* untuk lebih lemak tumbukan 2 biji buah keras dan masukkan ke dalam masakkan 
** sekiranya ingin memanaskan rendang panaskan dengan api kecik sahaja supaya daging nya bertambah garing dan rendang tahan lama