Monday, August 25, 2008

ikan bakar lemon

huh tengok skill omak den. tak yah TEFAL bebagai.. tudung periuk jer puan - puan ye

Ikan Bakar-Lemon

Bahan- bahan:
2 ekor ikan kembung
Daun pisang
Lemon

Cara - cara:
1. Bungkus 2 ikan yang sudah dibasuh bersih dengan daun pisang
2. Panggang diatas pemanggang / tudung periuk atas api yang kecil
3. Pusing kan ikan dari masa ke semasa sehingga masak.
4. Apbila ikan hampir masak, letak kan potongan lemon. 
5. Bungkus semula ikan dengan  daun pisang
6. Bakar ikan sehingga menepati citarasa anda

** Tips
Perahkan sedikit lemon atas ikan sebelum dihidangkan. Hidangkan bersama kicap cili






Masak Lemak Cili Api Udang dan Kacang Panjang


Bahan- Bahan:
100 gram Udang (dah tajuk nyer pun udang kan?)
10 urat Kacang Panjang
Santan ( omak den boli 2 hengget)
1- inci Kunyit hidup 
20 biji Cili Padi (kalau nak pedas guna 25 biji)
1 keping kecil asam keping
Air 
Garam secukup rasa

Cara - cara:
1. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi 
2. Masukkan dalam periuk , masuk kan kacang panjang yang telah dipotong
3. Masukkan 1 cawan santan cair dan 2 cawan air
4. Masak sehingga kacang hampir empuk, masukkan asam keping
5. Masukkan udang dan santan pekat, tambahkan air mengikut keadaan
6. Kacau sehingga mendidih. 

TIPS:
* sentiasa kacau supaya santan tidak pecah
** jangan masukkan udang terlalu awal supaya ia tidak terlebih masak




Ikan Sepat Masin Pucuk Ubi




Bahan - bahan:

Ikan Sepat  Masin
Pucuk Ubi
Cili Kering - Blend
Bawang kecik - hiris



Cara - cara:
1- Goreng bawang hingga hampir garing
2- Masukan cili kering yang telah di blend
3- Bila cili sudah hampir masak- masukkan pucuk ubi
4- Kecilkan api, dan goreng hingga garing pucuk ubi dan cili tersebut
5- Ikan Sepat masin dipotong dua dan digoreng garing secara berasingan 
6- Sesudah, pucuk ubi dan cili tadi garing, masukkan ikan -ikan sepat yang telah digoreng tadi 
    dan gaulkan hingga sebati.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tips:
jika tidak mahu ikan sepat terlalu masin- rendam dahulu di dalam air biasa selama 20 min.

Wednesday, August 6, 2008

Gulai Tempoyak Ikan Tenggiri

Bahan - bahan:

Ikan Tenggiri - dibasuh bersih
Tempoyak
Bawak merah
Kunyit
Cili Padi
Serai
Air
Garam/gula secukup rasa

Cara - cara:

1. Tumbuk kunyit , cili padi dan bawang merah
2. Titik serai 2 potong
3. Masukan semua yang di atas ke dalam periuk
4. Masukan ikan, tempoyak secukup rasa dan air
5. Kacau perlahan - lahan supaya ikan tidak hancur,
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
7. Biarkan sehingga mendidih

** TIPS : Sekiranya tempoyak tidak masam, masukkan 1 atau 2 asam keping untuk menambahkan rasa masam gulai.




Monday, August 4, 2008

Sup Cendawan Ala - Kak Siwah

MANOQ---> cendawan ok.. bukan kulat!!! 

Sup Cendawan Ala - Kak Siwah



Bahan - bahan :

2 paket - Cendawan
2 btg - serai
3 ulas bawang merah
Udang kering
3-4 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara- cara :

1- Bersihkan cendawan
2- Tumbuk udang kering dan bawang merah
3- Tumiskan sampai garing
4- Masuk kan air
5- Setelah mendidih masukan cendawan
6- Kemudian masukan serai yang telah dititik
7- Biarkan mendidih , kemudian masukkan garam dan ajinomoto(kalau suka) secukup 
    rasa

Dan ini lah hasilnya.. taraaaa 




*** Tips : taburlah bawang goreng buatan sendiri.... bagi naik bau dan selera!!!